Muhasabah diri sempena raya korban

Oleh: RIDHUAN TEE ABDULLAH
Tarikh: October 14, 2013
SAYA harap rakan saya berbangsa Melayu tidak salah faham membaca artikel ini. Saya tidak memandang rendah kepada orang Melayu. Pada saya, semua bangsa dijadikan ALLAH mempunyai kekuatannya tersendiri. Tiada istilah Melayu malas, bangsa lain rajin dan sebagainya, sebagaimana yang dipersepsikan. Semua bergantung kepada diri sendiri. Seperti kata Pendeta Za’ba, rupa tidak boleh berubah, tetapi perangai boleh diubah. Terpulang kepada kita, nak pilih yang mana!

Kebelakangan ini, banyak sangat ‘kelemahan’ Melayu sama ada yang saya lihat sendiri atau didedahkan. Saya yakin Melayu tahu dan memahaminya. Tetapi Melayu sengaja membiarkannya. Dalam apa jua bidang, Melayu bermasalah. Dalam politik, mereka saling tikam-menikam walaupun sesama parti. Saling fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuh dan sebagainya. Dalam ekonomi, saling dengki-mendengki melihat orang lain berjaya. Bila tidak puas hati, berlaku santau-menyantau. Mereka tidak faham falsafah korban, walaupun tiap-tiap tahun menyambut Hari Raya Korban.

Pendek kata, dalam apa jua profesion, Melayu bermasalah. Dalam perjawatan awam (juga swasta), politik untuk naik pangkat,. Oouuhhh! dahsyat. Untuk mencapai matlamat itu, kerjanya membodek sepanjang masa untuk naik, walaupun kualiti kerja macam…

Itu belum sebut lagi masalah sosial yang lain seperti gejala sosial remaja, dunia hiburan artis, dadah, dedah, gejala tak solat, masalah keluarga, perceraian dan lain-lain. Berdasarkan statistik, setiap 15 minit, akan lahir anak luar nikah dan pasangan Melayu bercerai.

Mudah sahaja untuk menjadi popular di negara ini. Tidak perlu belajar tinggi-tinggi atau masuk universiti. Cukup sekadar masuk industri hiburan, tonjolkan kontroversi atau masuk pertandingan menyanyi, melawak, menonjol dalam sukan dan lain-lain berkaitan. Popularlah.

Kenapalah Melayu pantang popular sedikit? Usahkan diri empunya yang mungkin ‘popular’, mereka yang tidak kena-mengena pun terasa popular seperti isteri atau suami artis popular tersebut atau pegawai peribadinya. Maka menyombonglah tidak tentu pasal.

Kepopularan ini menjadi dia glamor. Artis-artis pun suka. Maka mengoratlah mereka. Sanggup hadiahkan rumah berjuta-juta. Akhirnya, kedua-dua jadi popular. Persoalannya, kenapa susah sangat nak cari artis atau orang popular yang warak atau low profile. Kenapa hidup penuh kontroversi. Tidak teringin ke masuk syurga? Takkan nak tunggu tua baru nak bertaubat!.

Lebih pelik lagi, mereka inilah yang menjadi rebutan syarikat swasta untuk menjadi duta sana sini. Peribadi duta-duta produk tidak diambil kira, yang penting popular. Produk laku.

Terbaharu, dilema Melayu popular. Saya naik muak dan lemas menonton YouTube mengenai gelagat isteri seorang pemain bola sepak terhadap pengawal keselamatan di sebuah lapangan terbang. Ini baru bola sepak, belum lagi bola lain.

Cuba banding dengan jaguh-jaguh negara bukan Melayu seperti pemain badminton nombor satu dunia. Beliau amat popular. Isterinya juga popular. Kedua-dua mereka berharta dan kaya-raya. Kehidupan mereka tidak pula kontroversi. Bayangkan jika pasangan itu orang Melayu.

Ingatlah Melayu, popular di sisi ALLAH, kita bukan apa-apa pun jika tidak ada bekalan iman dan takwa. Sepatutnya kita guna populariti itu untuk cari keredaan ALLAH, menjadikan kelebihan itu untuk mendidik manusia jadi manusia, bukan sebaliknya.

Berbeza dengan artis di Barat. Mereka amat popular, bertaraf dunia lagi tetapi mereka tidak sombong, walaupun tidak Islam. Kepopularan mereka digunakan untuk membaiki diri dan keluarga. Buat bekalan di hari tua. Sebab itulah, jarang dengar orang Barat popular merana di usia tua, sebab mereka ada bekalan. Kita pula berlagak tak tentu pasal dengan red carpet sana sini, tetapi poket kosong. Bila tua, merana.

Sempena Hari Raya Korban ini, marilah kita muhasabah diri. Kita hanya makhluk ALLAH. Sepopular mana pun, kita tetap hamba ALLAH. Kita akan ditanya tentang Tuhan kita, agama kita, amalan kita dan sumbangan kita. Sejauh manakah sebenarnya kita berkorban?

kenalpasti dan ambil tahu

Kenalpasti bila berlakunya bengkak susu?Kebiasaannya……

Dalam masa 2 ke 3 hari selepas bersalin, anda mungkin mendapati payudara anda bengkakberdenyut-denyut, berketul-ketul dan penuh dengan rasa tidak selesa. Kadang-kadang bengkak itu akan merebak sehingga ke ketiak. Anda juga mungkin mengalami sedikit demam. Namun jangan bimbang, ianya hanya sementara.

Apa penyebabnya?

selepas 72 jam bersalin, susu akan terhasil melimpah-limpah untuk bayi anda. Apabila ini tejadi, lebih banyak darah akan mengalir ke payudara anda dan sedikit ke kawasan bengkak. Hasilnya, payudara menjadi penuh dan membengkak. Tetapi tidak semua ibu-ibu mengalaminya. Setengahnya mungkin hanya mengalami sedikit pembesaran, setengah lain pula mungkin mendapati payudara membesar dengan banyak dan mengeras. Mungkin ada ibu-ibu tidak menyedari kesakitan ini kerana baru bersalin dan masih kepenatan.

 

 

Untuk ibu ibu dan bakal ibu ibu ambil tahu sedikit info …..

 

 

Bagaimana untuk merawatnya?Pembengkakan ini  sebenarnya adalah petanda positif untuk anda. Badan anda sedang menghasilkan susu untuk bayi.

 

 

Pakailah bra untuk susuan yang dapat menyokong payudara anda, termasuk waktu malam. Pastikan ianya tidak terlalu ketat

 

 

Susukan bayi anda kerap, setiap 2 ke 3 jam walaupun ini bermakna anda perlu mengejutkan bayi anda. Ini adalah penting kerana jika bengkak tidak berkurang ia boleh menyebabkan pengurangan kepada pengeluaran susu. Cuba berikan sebelah payudara sehingga payudara anda menjadi lembut. Jika bayi anda kenyang dengan sebelah payudara sahaja, berikan sebelah payudara lagi untuk yang seterusnya.

 

 

Elakkan bayi anda menghisap ketika areola( bahagian gelap putting anda) dalam keadaan keras. Untuk mengurangkan puting rosak atau luka dan membantu bayi anda menghisap susu (puting yang keras menyukarkan bayi menyusu), perah susu secara manual sehingga areola lembut.Elakan memerah susu kecuali untuk melembutkan areola atau apabila bayi anda tidak dapat meyusus. Habit atau kerap memerah akan menyebabkan perngeluran susu yang berlebihan dan memanjangkan pembengkakanKetika menyusu bayi, urut dengan lembut payudara yang sedang dihisapnya. Ini mengalakkan susu mengalir dan mnegurangkan ketegangan dan ketidakselesaan.

 

Untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, letakkan pek sejuk ke atas payudara sekejab selepas menyusu.Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dapatkan ubat dari doctor.Jangan letakkan benda panas seperti pad pemanas atau botol air panas ke payuadara anda yang bengkak kecuali untuk melembutkan areola dan membantu susu keluar. Ini hanya akan memburukkan keadaan.

 

 

Berapa lama akan berpanjangan.?

 

Berita baik untuk anda. Ianya akan berlalu dengan segera. Ianya akan hilang dalam masa 24 ke 48 jam iaitu dengan cara menyusu bayi anda. Jika anda tidak menyusukan bayi anda, kemungkinan ianya akan bertambah buruk sebelum pulih. Selepas ianya berlalu, payudara anda akan lebih lembut tetapi penuh dengan susu.

 

 

Bolehkah saya terus menyusu?

 

Anda boleh dan patut teruskan menyusu. Pembengkakan yang tidak berkurang akan menyebabkan penurunan kekal pengeluaran susu. Jadi amat penting menyusu dengan tetap. Sebaiknya terus memberi susu selepas bersalin dan menyusu dengan kerap bermula dari saat itu. Lihat tanda bayi anda lapar seperti menghisap jari atau menangis

 

 

.Adakah ini akan memberi kesan kepada bayi saya?

 

Tidak. Sebaliknya anda mungkin akan lebih menyusu bayi anda sebanyak dan sekerap yang anda boleh.

Yg dicari telah jumpa…alhamdulillah

ALHamdulillah…syukur akhirnya yg dicari telah pun jumpa…
Cerita kali ni berkait lg dgn pengalaman sakit bengkak susu lg….dan lg….
Lahirnya anaksyurga yg pertama tanggal 30januari2009…4years ago….tp kenangan bengkak susu tetap dlm ingatan..masih lg terasa sakitnya…
Namun semua yg berlaku ade hikmahnya…
Dikala kita sakit…bermakna kite diberi ujian oleh Allah…yg pasti semua yg diuji bermakna Allah sayangkan kita…Alhamdulillah ..Allah memberi kesempatan utk kita ingat kpdnyaNya…
Saya amat yakin setiap penyakit pasti ada ubatnya…sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Penyembuh…
Tanggal 25 Oktober 2012…lahirlah anaksyurga saya yg kedua…1yrs ago…sekali lg saya mengalami masalah yg sama sakit bengkak susu…dia dtg lg..dan saya diuji lg…
Beberapa kali bengkak susu dtg menyerang…namun tdk penah saya lupa utk berdoa agar berjumpa dgn penawarnya…
Walaupun doktor sendiri mengatakan bengkak susu mg tiada ubatnya…tetapi saya yakin dan sehingga la apa yg dicari akhirnya ketemu jua…semua berkat doa dan dgn keizinan Allah , saya bjumpa dgn penawar bengkak susu saya iaitu vitamin E shaklee…
Mmg sangat tidak disangka..akhirnya telah berjumpa…Alhamdulillah terima kasih Allah…
image

bersangka baik dengan Allah

img_90843064095443.jpeg.

Atasi masalah bengkak susu

Cerita bengkak susu xhabis lagi..hihi…disini saya suka untuk bercerita kpd ibu ibu yg mengalami masalah seperti saya…bengkak susu yg sangat sakit …
Pengalaman pertama disebabkan salah teknik mengepam susu adalah punca saya alami bengkak susu…
Cara penyelesaian adalah dgn belajar teknik mengurut dan mengepam susu dgn betul dan kerap menyusukan baby….
Alhamdulillah syukur saya telah berjumpa dgn seorang pakar laktasi yg sgt membantu saya…
Saya telah bertukar breast pam manual ..brand anakku kpd pam elektrik brand spectra 3….
Dengan mempelajari teknik yg betul mengepam…saya berjaya mengeluarkan susu yg tersumbat dan berasa sangat lega yg tdk terkata..hihi….alhamdulillah syukur..ketulan susu yg keras tadi dpt dikeluarkan dan saluran dah tak tersumbat susu juga keluar dgn lancar…
Tdk lupe juga utk berdoa dan mengamalkan baca” Lailahaillah anta subha nakainni kuntumminazzholimin”

SETIAP yg berlaku semua diatas keizinan Allah…

Saya suka untuk share sedikit info berguna cara / teknik yg btl menggunakan pam susu elektrik;

Untuk pengetahuan ibu ibu.mommy mommy..mama mama diluar sana…, pam payu dara elektrik terdapat dalam pelbagai jenis di pasaran. Oleh kerana saya tidak tahu jenama apa yang anda semua gunakan, saya akan memberikan panduan am untuk rujukan semua ibu ibu dan pembaca..

.Pengalaman pertama menggunakan pam mmg agak kekok tetapi dengan amalan yang betul dan latihan berterusan, ia akan menjadi lebih mudah.
Insyaallah…

Apabila menggunakan pam, ia tidak seharusnya menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan kepada pengguna jika cara penggunaan dan spesifikasinya betul.

a) Pastikan KeselesaanAnda perlu berada di dalam keadaan yang tenang, pastikan tangan dicuci bersih, gunakan bekas simpanan susu perahan yang bersih, lakukan urutan pada payu dara atau tuam untuk melancarkan aliran. Posisi anda juga perlu betul. Pastikan badan tegak dan corong pam diletakkan pada paras dada, pegang dengan baik supaya ia terletak dan melekap betul pada payu dara. Keselesaan adalah paling penting! Jika tidak selesa, ada yang tidak kena. Jika susu meleleh daripada corong, betulkan posisi anda.Kini terdapat corong khas yang dipanggil angled breastshield seperti Pumping Pal Supershields yang membolehkan anda mengepam dalam keadaan menyandar dan tidak perlu berada dalam keadaan tegak sentiasa.Apabila menggunakan pam elektrik, mulakan dengan sedutan perlahan kemudian naikkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap keselesaan. Elakkan daripada menggunakan tahap sedutan maksima kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada puting dan payu dara. Tambahan lagi, tahap sedutan maksima TIDAK mengepam lebih banyak susu.

b) Periksa Saiz CorongPeriksa saiz corong yang anda gunakan kerana ia amat penting untuk memastikan keselesaan dan keberkesanan sesi mengepam.
Dalam pada itu, layari http:// ameda.com/breast-pumping/ why-does-good-flange-fitmatter-and-how-can-i-get-it untuk memahami dengan lebih lanjut tentang panduan betul pam payu dara.

Sehubungan itu juga, apabila mengepam, anda tidak perlu terlalu lama kerana ini akan menyebabkan puting membengkak dan menyebabkan ketidakselesaan.
Tempoh 15 hingga 20 minit adalah memadai. Jika anda menggunakan pam berganda waktunya lebih singkat.Untuk mengekalkan penghasilan susu, pastikan kekerapan penyusuan terus daripada payu dara bila bersama bayi dan hanya mengepam bila berpisah dengan bayi. Payu dara perlu dirangsang sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari.
Harap maklumat ini benar benar dpt membantu!..
Selamat mengepam ye…hihi….
Niat dan usaha yg terbaik untuk anakanaksyurga kite…
Semoga ibu ibu yg mengalami bengkak susu dpt manfaat drp perkongsian saya yg sedikit ini…

Dua dua hero..mohammad syang mama..

Alhamdullilah Allah.menganugerahkan dua cahayamata yg sgt comel..anakanaksyurga mama yg mama sayang…dua2mohammad..my super heroes…hihi…
Dua2boy dilahirkan secara ceaser..namun mama sgt bersyukur kerana dapat melahirkan dgn selamat dan sihat…
Suka jugak nak share doa doa utk mudah bersalin…
Antaranya..
Doa nabi yunus…
Surah maryam…
Dan doa yg selalu saya baca setelah selesai solat…

image

image

image

Ini diantara doa doa dan surah yg selalu diamalkan ..insyaallah semua dipermudahkan..

Perasaan ketika melahirkan sememangnya menakutkan…excited pun ade..hepi pun.ade..mcm2ade…hihi..
kite kena bnyk.berdoa dan berdoa…berzikir dan mengaji…

image

M.o.h.a.m.m.a.d

Baru bermula …..

Assalamualaikum…alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkongsi cerita..pengalaman bersama anak anak syurgaku..
Actually dah lama nak buat blog tapi asyik tertangguh dan kesudahannya tak terbuat buat..
Tapi kita hanya merancang..Tuhan yg menentukan…hikmah disebaliknya…blog ni nk berkongsi cerita tentang anak anak syurga…(mohammad zikry haziq & mohammad zharif thaqif).. semestinya diceritakan oleh bestmomever…hihi…alhamdulillah syukur…tq Allah..

image

My hepi family…with anakanaksyurga…